"Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari dan menggantikannya dengan guruh, kilat dan petir. Kita tertanya-tanya kemana pergi matahari. Puas kita tunggu dan menangis.. Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah"

Saturday, June 18, 2011

i am a woman

There is a woman behind every success man, and there is a jerk behind every strong and independent woman.

indeed ! bak kata orang Bota..

lelaki, tanpa perempuan umpama padang pasir yang kering tanpa oasis. sedang perempuan itu diibaratkan seperti oasis, maka dengan adanya ia, tumbuh subur pohon-pohon tamar, padang pasir tidak lagi tandus, malah terbentuk pula sebuah kota, dihuni manusia pelbagai lapisan.

[gambar: ihsan google - Huacachina Oasis, Peru]


perempuan menjadi inspirasi. perempuan sumber ilham. malah perempuan juga pencetus semangat.

ecewahhhh !!


tapi.. tapi.. tapi.. 
perempuan pula menjadi lebih-lebih berjaya kerana lelaki bejat. 
sebab.. perempuan ni, kalau didakap kasih sayang lelaki yang benar-benar tulus, dia jadi manja. semua lelaki mahu buatkan. kalau sakit minta dikhabarkan. ada masalah, minta diadukan. kalau sedih, belum pun minta sudah dihulurkan bahu, siap dengan pakej sapu tangan berwarna biru. 
kalau pun perempuan mahu berdiri di atas kaki sendiri, serba serbi mahu lakukan sendiri, keinginan itu tersimpan di dalam hati sahaja. pada kebanyakan ketika, semuanya mahu dilakukan oleh sang arjuna. perempuan tak perlu buat apa-apa. sang arjuna boleh menjadi tempat bergantung harap yang terpaling-paling mapan. 
tapi..
bila lelaki yang terpaling-paling baik ini berubah menjadi lelaki yang terpaling-paling bejat, perempuan tersungkur. 
chop..chop..
kita kena ingat. lelaki pun manusia jugak. sekelip mata sahaja hati boleh berubah kalau diizin tuhan. kau jangan expect lelaki yang sayang engkau hari ini, akan tetap terus sayangkan engkau esok hari. lelaki yang serupa angel hari ini, boleh berubah menjadi demon esok hari tahu? manusia berubah. manusia mampu dan boleh berubah. errr.. vice versa. perempuan pun sama. 
okey berbalik kepada point yang tadi. bila lelaki yang terpaling-paling baik ini berubah menjadi lelaki yang terpaling-paling bejat, perempuan tersungkur. sedang elok terbuai-buai, dahan patah. mahu tak tersungkur. pada ketika ini perempuan menjadi manusia yang terpaling-paling lemah. bukan kata berjalan, mahu berdiri pun sudah tidak mampu. air mata jadi teman yang terpaling baik. 
selalunya keadaan yang macam ni tak lama. perempuan boleh menangis semahu-mahunya. tak mahu bangun pun tak apa-apa. tapi, bila air mata dah kering, hati pun sudah tidak ingin menangis lagi, perempuan akan jadi lebih kuat dari biasa. dia akan bangun dan berjalan terus. setiap masalah ditangani sendiri. malah mahu tukar mentol lampu pun, perempuan boleh panjat bangku sendiri. tak perlu lelaki lagi. 
[gambar: ihsan google - Priyanka Chopra, the iron lady of India]


itu lah sebabnya dulu aku tak hairan pun sendiri tanpa teman lelaki selama empat tahun.
itu lah sebabnya memandu sendiri utara ke selatan tidak jadi masalah dan ketakutan untuk aku.
itu lah sebabnya kalau sesat jalan pun aku tidak menangis menelefon ke sana ke mari.
mungkin aku perlu ucap terima kasih..
terima kasih lelaki-lelaki bejat.. kalian terlalu baik.. teramat baik.. 


copy paste : Terfaktab
p/s :aku copy dri terfaktab bnda ni aku mmg x tuju kat sape2.xniat langsung pun.aku cume suke entry ni. :)

No comments: